sekadar bercerita,
setiap apa yang berlaku dalam hidup,
agar dapat dikenang dan
dijadikan panduan satu hari nanti

Saturday, 8 December 2012

Curiga

Kepercayaan selepas kahwin adalah 1 perkara yg sangt penting dlm hubungan. Komunikasi yg baik adalah medium sebagai kita meluahkn apa yg patut kita luah kn tegur. Meletakkan rasa percaya yg sangt tinggi kepada pasangan terutamanya yg tidak tinggal bersama, berasingan dan berjauhan mmg menguji kekuatan dalaman hati si isteri. Percaya bagaimana pon si isteri ni kepada suaminya, perasaan curiga tetap akn wujud dlm hatinya. Curiga pada persekitaran dan insan di sekeliling suami dan juga curiga pada suaminya sendiri. Curiga melambangkan rasa cemburu yg sangt tinggi kepada suaminya. Cemburu dan curiga itu perlu cuma ia jangan keterlaluan. Seorang isteri sepatutnya percaya pd suami. Tapi si suami juga perlu mnjaga kelakuan dan bicara nya dengan perempuan lain agar isterinya tidak meletakkn rs curiga pd nya. Sekali wanita curiga pd suaminya, selamanya hatinya sukar utk percayai suaminya. Kerana ada curiga dlm hati si isteri akan menjalani kehidupan dengan sedih dan pedih, dan si suami tetap tidak ambil tahu betapa pedih hati si isteri....kerana baginya isterinya boleh memahami sikap dan perangainya, tnpa dia memikirkan betapa si isteri benci dengan sikap kategori menggatal si suami.

No comments:

Post a Comment