sekadar bercerita,
setiap apa yang berlaku dalam hidup,
agar dapat dikenang dan
dijadikan panduan satu hari nanti

Monday, 25 July 2011

aku terima nikahnya.......

alhamdulillah, 16.7.2011 bersamaan 14 Syaaban 1432 hijrah pada jam 10.30 pagi, aku sah menjadi isteri Azian bin Hj. Mohd Sahalan. cerita cinta yg dibina lebih kurang 8 tahun kini menjadi satu ikatan abadi antara aku ngn dia. majlis kami berjalan dengan agak lancar untuk kedua2 majlis. yelah, majlis kali pertama dalam keluarga aku manakala dia adalah yg terakhir berkahwin dlm keluarganya. penat lelah kenduri kendara tu, sampai saat ni belom terlerai lagi. penat masih terasa. tapi bagi aku penat lelah tu semua terbayar tatkala aku menjadi yg halal untuk dirinya. masa aku dengar saksi kata 'sah' dan doa dibacakan, aku rasa beban dan berat di bahu aku terbang dan menjadi ringan. tatkala aku mencium tangan nya, air mata menitis tanda gembira dan sebak. betol kata kawan baik aku, bila berkahwin ni kurang dosa, betol lah tu. tiada debaran di hati aku semasa majlis bernikah, teruja pon tiada tetapi ada satu perasaan halus yang menjadi kan aku tenang setenangnya. nak kata aku 100% bersedia utk jadi seorang isteri, aku rasa bnyk lg yg perlu aku pelajari dan patuhi. tapi ketenangan yg aku alami tu tidak dapat digambarkan dengan kata2.
terima kasih bagi seluruh keluarga aku yg bertungkus lumus untuk menjadikan majlis ni sempurna dan berjalan lancar. 
pada bik ina n family, dari mula aku bertunang, sentiasa ada bila diperlukan, dan tahniah kerana nak bg kitorang adik sepupu sorang lagi. aku boleh anggap dia orang kuat dalam majlis aku la. walaupun sebok tapi tetap meluangkn masa utk perhiasan rumah, doorgift dan menyambut tetamu.
mak usu n family pulak, diucapkan terima kasih kerana berjaya menyediakan side food yg sedap, kek yg best dan macam2 lagi.
bik nani n family, orang yg paling penting dlm majlis aku. seminggu menyiapkan bilik pengantin, pelamin nikah dan juga pelamin utama. pakaian yg sangat indah, perhiasan yg sangat menarik dan make up yg sangat cantik menjadikn diri ku puteri sebentar. terima kasih, sentuhan mak andam aku ni mmg terbaik di abad ini.....
bik saba n family, orang kuat bahagian masakan. tenkiu so much. makanan yg dihidangkan semuanya sedap walaupun x sempat nak rasa semua. bab masakan x siapa leh lawan la....
pada sepupu sepapat, tenkiu sebab memeriahkan majlis kak yong. tanpa korang susah kak yong tau. n yg paling bnyk dapat penghargaan adalah padil n duan. padil my lovely runner, sentiasa ada bila aku mintak tolong.
pada orang kampung, sedara mara dekat dan jauh serta tetamu. terima kasih sebab sentiasa ada untuk membantu dan memeriahkan lagi majlis aku. hanya Allah yg dapat membalasnya. mana yg terkurang maaf dipinta.
pada ibu dan ayah, terima kasih kerana menjadi kan majlis yg terbaik bagi diri ini. terima kasih kerana menjaga diri ini dari kecil hingga kini. terlalu bnyak pengorbanan dan pemberian yg sukar untuk dibalas. semoga ayah dan ibu sentiasa sihat, sentiasa murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah. terima kasih kerana menerima pilihan diri ini menjadi ahli keluarga kita.
pada ahli keluarga Hj Mohd Sahalan, terima kasih kerana memerima diri ini menjadi sebahagian keluarga anda.
pada suami tersayang, tiada kata yg dapat diucap, tapi saya sentiasa ingin menjadi kekasihmu sehingga akhir nyawa,,,,love u

No comments:

Post a Comment