sekadar bercerita,
setiap apa yang berlaku dalam hidup,
agar dapat dikenang dan
dijadikan panduan satu hari nanti

Thursday, 21 April 2011

pecah rumah???????????!

14/4/2011
x akan aku lupa tarikh ni coz umah sewa kene pecah masuk dek pencuri. 3 biji laptop n tabung duit (1 laptop housmate, 2 laptop n tabung akunya) hilang dicuri orang. memula h.mate aku, ila yg dok kat bilik ke-2 ngadu yg laptop dia x ada dlm kul 8 mlm. disebabkan dia ada bawak ke sekolah, so ingatkn laptop dia tertinggal kat sekolah la. pas 2 balik dari giant, pas tngk tukang kunci betulkn tombol pintu bilik 3 (bilik iman tombol nya rosak coz springnya tercungkil) aku pun masuk la dlm bilik nak wat keje la kononnya..... baru aku sedar laptop2 aku tu x ada. baru lah aku sedar yg rumah kena pecah masuk... pas menjalankan sedikit siasatan terhadap jiran sebelah (thanks kak ina), kami diberitahu yg dlm kul 10 pg diorang bunyi ketukan yg jelas tapi x dpt dikanl pasti dari mana....
    malam tu gak kitorang gi balai (tempat yg paling aku menyampah). suspek kami, jiran sebelah kanan aku coz dia baru pas 'keluar'. apatah lagi jiran2 yg lain nmpk dia bawak 2 orang laki dtg umah dia, dan keadaan mereka sangt mencurigakan. 'hantu2' yang ambik barang kami tu disyaki masuk ikut bumbung n melalui tandas (mmg elok la dngn sikap diorang tu), gi pun mmng ada kesan kotoran dan tapak kaki. tapi yg buat aku jadi hangin tu bila sikap pakcik2 polis ni yg langsung x nak siasat atau wat apa2 tindakan. okey....kitorang mmng tau la mmng susah nak dpt si pencuri2 tu, tapi apa salahnya dia naik atas siling tu, tngk dari tang mana pencuri2 tu masuk. tapi datang just tnya skit2, ambik gmbr n buat lakaran.... emmm...aku ingt dia dtg tu dia nak tanya jiran2 ke, cek mana tmpat diorng pecah masuk ke....ni setakat wat tu, aku pon bleh bagi.... emmm....aku cuma leh bayangkn dan impikan cam CSI je la...realitinya....hampeh!
    esoknya aku wat satu lagi report, report ancaman keselamtan... mana x nya, mlm tu semua tido kat bilik aku, ada bunyi skit, kitorang terjaga, nak masuk toilet pun takut...mn tau bukak2 pintu terjegul jantan2 yang x guna tu....naya beb! lagi2 suspek jiran sebelah....haru2....! sampai sekarang trauma tu ada lagi... pasal barang2 tu....aku dah tahap redha dah... masuk hari ni dah seminggu kejadian tu. x dak rezeki la barang tu nak dpat balik. andai ada yg dtg mohon maaf dan mengaku, aku x tau aku mmpu maafkan atau x. laptop tu aku leh cari sekelip mata, tapi bahan n dokumen yg dlm tu 4 tahun aku simpan. bukan satu masa pendek tau! huhuu....aku bleh maafkan kalo dia bleh pulangkan dokumen2 dan bahan2 yg ada dlm laptop tu.....

No comments:

Post a Comment