sekadar bercerita,
setiap apa yang berlaku dalam hidup,
agar dapat dikenang dan
dijadikan panduan satu hari nanti

Monday, 25 July 2011

aku terima nikahnya.......

alhamdulillah, 16.7.2011 bersamaan 14 Syaaban 1432 hijrah pada jam 10.30 pagi, aku sah menjadi isteri Azian bin Hj. Mohd Sahalan. cerita cinta yg dibina lebih kurang 8 tahun kini menjadi satu ikatan abadi antara aku ngn dia. majlis kami berjalan dengan agak lancar untuk kedua2 majlis. yelah, majlis kali pertama dalam keluarga aku manakala dia adalah yg terakhir berkahwin dlm keluarganya. penat lelah kenduri kendara tu, sampai saat ni belom terlerai lagi. penat masih terasa. tapi bagi aku penat lelah tu semua terbayar tatkala aku menjadi yg halal untuk dirinya. masa aku dengar saksi kata 'sah' dan doa dibacakan, aku rasa beban dan berat di bahu aku terbang dan menjadi ringan. tatkala aku mencium tangan nya, air mata menitis tanda gembira dan sebak. betol kata kawan baik aku, bila berkahwin ni kurang dosa, betol lah tu. tiada debaran di hati aku semasa majlis bernikah, teruja pon tiada tetapi ada satu perasaan halus yang menjadi kan aku tenang setenangnya. nak kata aku 100% bersedia utk jadi seorang isteri, aku rasa bnyk lg yg perlu aku pelajari dan patuhi. tapi ketenangan yg aku alami tu tidak dapat digambarkan dengan kata2.
terima kasih bagi seluruh keluarga aku yg bertungkus lumus untuk menjadikan majlis ni sempurna dan berjalan lancar. 
pada bik ina n family, dari mula aku bertunang, sentiasa ada bila diperlukan, dan tahniah kerana nak bg kitorang adik sepupu sorang lagi. aku boleh anggap dia orang kuat dalam majlis aku la. walaupun sebok tapi tetap meluangkn masa utk perhiasan rumah, doorgift dan menyambut tetamu.
mak usu n family pulak, diucapkan terima kasih kerana berjaya menyediakan side food yg sedap, kek yg best dan macam2 lagi.
bik nani n family, orang yg paling penting dlm majlis aku. seminggu menyiapkan bilik pengantin, pelamin nikah dan juga pelamin utama. pakaian yg sangat indah, perhiasan yg sangat menarik dan make up yg sangat cantik menjadikn diri ku puteri sebentar. terima kasih, sentuhan mak andam aku ni mmg terbaik di abad ini.....
bik saba n family, orang kuat bahagian masakan. tenkiu so much. makanan yg dihidangkan semuanya sedap walaupun x sempat nak rasa semua. bab masakan x siapa leh lawan la....
pada sepupu sepapat, tenkiu sebab memeriahkan majlis kak yong. tanpa korang susah kak yong tau. n yg paling bnyk dapat penghargaan adalah padil n duan. padil my lovely runner, sentiasa ada bila aku mintak tolong.
pada orang kampung, sedara mara dekat dan jauh serta tetamu. terima kasih sebab sentiasa ada untuk membantu dan memeriahkan lagi majlis aku. hanya Allah yg dapat membalasnya. mana yg terkurang maaf dipinta.
pada ibu dan ayah, terima kasih kerana menjadi kan majlis yg terbaik bagi diri ini. terima kasih kerana menjaga diri ini dari kecil hingga kini. terlalu bnyak pengorbanan dan pemberian yg sukar untuk dibalas. semoga ayah dan ibu sentiasa sihat, sentiasa murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah. terima kasih kerana menerima pilihan diri ini menjadi ahli keluarga kita.
pada ahli keluarga Hj Mohd Sahalan, terima kasih kerana memerima diri ini menjadi sebahagian keluarga anda.
pada suami tersayang, tiada kata yg dapat diucap, tapi saya sentiasa ingin menjadi kekasihmu sehingga akhir nyawa,,,,love u

Monday, 11 July 2011

cerita countdown....

Jumaat 8-7-2011

kul 12.30 mlm baru aku sampai umah. nama je gerak awal, tapi gi batang kali dulu ambik tunang. Alhamdulillah ada eda yg tumpang aku balik kmpung. so x de la aku sorang2 je..... hari ni aku dah setel kn semua yg perlu dihantar minggu akan dtg ni....SMM-setel, soalan ujian 2-setel, jadual fotografi pon aku dah setelkan, spp n mohon cuti pun bereh dah. aku blk ni dlm keadaan separa tenang la...separuh keje sekolah aku dah siap...tinggal keje rumah yg aku kene setelkan untuk thid week. sampai je umah kampung, aku pon bersih2 kn badan n terus tido.

Sabtu 9-7-2011

pagi2 lagi aku bngun siapkn sarapan yg dibeli oleh ayah...hehehhe..... tapi pagi2 gak mood aku dah spoil. baju yg aku dpt untuk pakai masa majlis semuanya x memenuhi citarasa aku.....3 pasang, tiga2 aku kurang minat. tunang aku ni punya la mujuk...aku ni ambik masa hampir separuh hari gak la untuk terima salah satu pilihan diorang tu..... tu pon hati aku leh sejuk bila tunang aku ckp, 'abng x kesah pakai warna apa pon, jnji mjlis kita selesai'.

emm...jadual pd hari ini, pagi2 bersedih hati coz bj kurang melekat di hati. pas tu terus kuar ngn tunang...ala2 merajuk ngn orang2 yg pilih warna n design baju aku tu.. alng2 kuar terus cari gelang with my future mother inlaw...dasat x dasat la, my future mother inlaw tu leh pujuk orng kedai emas tu untuk kurang kn hampir 300 lbh gak la....huhuhuu hebat! lepas cari gelang tu, pi hntr dia blk umah. so aku n tunang gi patah balik ke kedai makcik aku untuk fitting baju. setel fitting baju ada facial apoimnt kul 4. selesai facial around 6.45, dia hntr aku blk umah then dia plak terus bekejar blk umh dia coz ada kenduri walimah. aku lak blk tu pilih2 gambar untuk slide show sambil gelak2 coz tngk gmbr lelama.....hheheheh... tamat hari sabtu.

Ahad 10.7.2011

pagi2 bangun kemas bilik coz dah nak bertukar bilik, yg menambah kepenatan, 'mem besar' beli set bilik baru untuk bilik aku la kononnya....so berlaku la adegan punggah memunggah n angkat mengangkat serta susun menyusun set bilik. kesibukan pada hari ini bertambah apabila aku, padil, cik man, bik ina n bik saba ambik tender pasang langsir yg penuh keunikan... so aku ni terpaksa la guna kn blk skill2 wall climbing dulu memandangkn ia perlu dipasang tinggi. bik nani n cik jeman plak ambik tender perhiasan bilik n pelamin atas. manakala selebihnya menyediakan bahan2 untuk kuah pecal... pergh.......ni baru betul orang dtg rewang bermula seminggu....hahahahha.......... mlm aku cuba mengedit gmbar utk print. nmun x dpt bertahan lama, so aku pon melabuhkn tirai di bilik baru ku bersama set bilik 'giant' ku ini...untuk pertama kali nya.

Isnin 11-7-2011

cam biasa pagi2 bangun dah. hari ni cuti coz cuti gnti larian 1 M'sia hr tu. pagi tu bermula aku mengangkat dan menyusun kembali perabot baru bersama ayah bg memberikn ruang yg bnyk pd majlis akn dtg. selesai tu, aku susun plak baju2, kain telekung dan sebagainya ke dlm almari. oh.. tender yg semalam (Ahad) bersambung hari ini. dan hari ini kesibukan rumah tetap mcm semalam.... masih lagi orang2 yg sama. kuat pecal dah selesai hasil kerjasama yg diketuai oleh bik saba, cik bob, mamal dan jiran2 sekeling serta ibu, ayah, bik na, cik man, bik nani n pendek cite semua la...huhuhu kecuali aku coz aku sebok bahagian atas jer...  pelamin atas siap/ bilik 90% selesai. langsir 99% siap. mlm ni aku kena rehat coz esok pagi aku kena drive balik Ipoh utk bekerja. dan besok hingga khamis aku sebok ngn fotografi plak. so gamaknya, aku x rehat smpai mjlis selesai kot...huhuhu.....

apa2 pon nak ucapkn tenkiu so much pada semua yg terlibat dari hari sabtu hingga Isnin. mudah2n semuanya berjalan lancar.

Monday, 4 July 2011

1 minggu lagi

wah.........sedar x sedar 1 minggu lagi majlis aku akan berlangsung!
rasa cam x caya lak. lagi2 bila pi edar kad jmputan rasa cam x caya ja yg aku edar kan kad kahwin aku sendiri! rasa cam kecik lagi ja...hehehe..tapi gatai nak kawen... actually bukan gatai nak kawen, tapi nak memenuhi tuntutan dan mengikut sunnah nabi. n yg paling penting sekali menghalalkan segala yg haram antara aku ngn dia. bak kata kawan aku, cepat kawen ni leh kurang kan dosa.....
ada orang kata aku ni cepat@muda sangt kawen, x puas enjoy. ada plak yg tanya dah sedia ke aku nak kawen. huhuhu........................ kawen ni x kira muda ke tua. bab enjoy plak.... aku rasa aku dah puas enjoy masa 4 thun aku belajar, n berkahwen bukan mematikan kita untuk kita enjoy lagi, cuma kita x bleh sebuas dulu la...huhuhu so kawen lagi enjoy pe.... bab bersedia, nak tunggu bersedia, rumah kata pergi, kubur kata mari pun, kita tetap rasa x bersedia. apa2 pun kita kene hadapi dan tanggung semua risiko yg bakal berlaku. hidup x bermakna tanpa cabaran, risiko dan masalah sbb semua tu mematangkan.

p/s: kalo kita x campak dompet kita ke seberang tembok, kita x kan pergi ke sana pon...so campak dulu dompet baru lah kita tau apa yg ada di seberang tembok tu...