sekadar bercerita,
setiap apa yang berlaku dalam hidup,
agar dapat dikenang dan
dijadikan panduan satu hari nanti

Thursday, 24 March 2011

sempat ke???

emm... patutnya 26 & 27 Mac ni aku temankan dia gi kursus kawen. tapi ditangguhkan coz pihak yg wat tu x cukup peserta, so kena wat 24 & 25 April. aku x kesah la, tapi persoalannya, sempat ke kitorang nak uruskan hal nikah plak. urus tok kadi lagi. borang kawen tu lagi.... perkara ni wat aku tensen skit. tapi dia leh lileks jer...kadang2 fikir cam dia tu ambik ringan jer...sakit hati! tapi ye la, bukannya kehendak kitorang kan.... tensen2....

cedih cikit...

23.3.2011, Rabu

hari ulang tahun kelahiran dia ke 33... tapi x dpt nak celebrate sesama coz masing2 sebok keje. hujung minggu ni plak masing2 ada program, xtau bleh jumpa ke x. sedih gak coz ni first year kitorang x celebrate besday kitorang sesama..... tapi x pe...bnyk tahun lagi, insyaallah aku leh sambut besday dia.

untuk abang, heppy besday ke 33.  semoga sentiasa diberkati Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan semoga apa yang diimpikan tercapai hendaknya. semoga hubungan antara kita sentiasa diberkati dan berpnjngan hingga hujung nyawa... love u so much.

Thursday, 17 March 2011

my E-day....hehhhee 2

hantaran aku pada dia:
1. Jam tangan Alba limited edition
2. kasut timberland
3. baju batik
4. minyak wangi HUGO
5. penjagaan muka Nivea
6. seluar slack (x hengat plak jenamanya)
7. cermin mata Rayban

8. towel (sponsor by makusu)
9. al-Quran, tasbih dan buku 'Membina Keluarga Bahagia' (sponsor by bik ina)
10. sejadah (sponsor by bik ina)
11. sirih junjung
12. kek rasberry cheese secreat recepy (sponsor by abng limi)
13. pulut besan ( ibu kata ia melambangkan penyatuan 2 keluarga)
14. pulut tetal dan sekaya (ibu kata spy hubungan sentiasa kekal dan memperolehi kekayaan)
15. air sirap/air manis (ibu kata spy hubungan sentiasa indah dan manis2 belaka)
16. sepasang baju melayu (ibu sponsor)
17. coklat (home made k)
18. halwa berbentuk bunga
19. buah-buahan
20-43. pelbagai lagi makanan dan manisan etc jeli2, agar2, puding2, kuih muih, kek dll (x lrt nak tuleh weih)

hantaran dia pada aku:
1. jam tangan Alba limited edition
2. kasut hush puppies
3. baju batik
4. minyak wangi HUGO
5. penjagaan muka BML
6. alat makeup Maybellin (last minute cari, memula x nak pas tu aku gtl nak plak, dpt la brand ni je)
7. kamera samsung
8. beg tangan carlorino
9. tepak sirih
10. kek buah
11. coklat+buah
12. sebentuk cincin
13. sejadah
14.telekung
(ada yg disekali kan dlm 1 bekas)
sebok memindah atau bertukar barang hantaran

di tengah antara 2 hantaran

bersama hantaran dari pihak dia

sebahagian dari hantaran aku pada dia

tema dia, kuning... tema aku, oren....

bertunang dah aku.....

 alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik......semua keluarga dia dan aku ada kecuali Azwan, adik aku. x pe la...actually ni kira fasa 2, fasa 1 dulu majlis merisik...wat kecik2 je... ni dah setel 2 fasa...nak masuk fasa ke-3 plak.. mudah2n segalanya dipermudahkan....

my E-day....hehhhee

13.3.2011

ni hari pertunangan aku. setelah hampir 8 tahun berkawan hari ni aku ditunangkan dengannya. banyak dugaan dan cobaan kami tempuhi. sesungguhnya aku tak sangka yang jodoh kami ni masih ada lagi setelah aku membuat perangai dulu. aku sangt2 berterima kasih pada dia kerana masih tunggu aku dan masih menerima aku sama mcm dulu (sbnrnya lebih lagi kot). x dinafikan yg kami fall in love kali ke-2 di Melaka pulak kali ni. thanks to Bangsawan Puteri Sakdong from UPSI coz wat kitorang fall in love once again. dan kali ni, aku yakin bahawa dia lah sebenarnya pilihanku..... betul kata orang, bila seseorang tu hilang dari hidup kita, baru kita sedar bahawa dia sangat bermakna untuk diri kita..... bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami masih berpeluang untuk memperbaiki segala kesilapan yg telah kami lakukan dahulu.

kembali pada cite hari pertunangan aku ni...
persiapannya lebih kurang seminggu tau...(ibu aku punya keje la). satu kampung ni dijemputnya... tapi betul gak kot, coz masa dulu pernah kecoh aku bertunang, tapi ms tu kau belum bertunang ngan sapa2 pon, mak aku ni kata, kalo aku bertunang dia jemput orang kampung... so kira mengotakan kata la tu.... ibu aku punya kelam kabut mcm ni majlis kawen. so aku terpikir, kalo mjlis tunang macam ni punya kelibut, mjlis kawen nnti mcm mn plak ye dia....? jngn tumbng udah la...naya je...alhamdulillah, majlis berjalan dengan lncar...sebelum majlis tunang tu, ada sedikit kenduri arwah....

bab hantaran lak....
tema asal merah, tapi mak aku kan peberet kaler oren, so tertukar la kpd oren... busana yg aku pakai oren+hitam sponsor by Siti Zahrani Bridalls, makcik aku r... make-up pon dia gak, tapi ada skit touch dr makusu aku... photographer, sepupu sepapat aku... macam biasa la family sblh aku, kalo pompuan kawen mesti bnyk hntrannya... aku hanta pd dia 43 dulang (termasuk orang bagi, tu pon ada 9 lagi x dihantar)...dia balas 11 dulang.... banyak kn, penat bertukar dulang tuh...heheheh... oh ye, hantaran ni semua ada sentuhan dari aku sendiri, ibu, dan yg paling bnyak bik ina la.... berapa pulak 'tambang'nya? hehehe...biarlah rahsia...sbb dia kata diri aku ni tidak ternilai dan tidak dapat dinilaikan.....

menu plak...
memula mak aku kata rewang, ada orng yg dah ditugaskan utk masak. last2 makcik2 aku gak masuk campur coz diornag kata, masak yg pelik2 skit ni diornag xpandai.... sabor jela... sampai kul 12.30 mknn x msk gi. pas zohor orng nak mkn dah...pelik2... aku pon smpat jamah skit je, tu pon jamah apa yg ada... bukan kerana nervous, tapi kerana lauk x masak gi...huuhuhu... antara menunya ialah:
1. nasi putih
2. ayam gerong tepung kfc
3. telur itik masak lemak pedas
4. ikan masin goreng bawang+cili kering
5. ulam-ulaman
6. sayur keladi masak asam pedas
7. sambal goreng
8. buah tembikai
9. air oren

so aku nak ucapkan bnyak2 terima kasih pada semua orang yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam majlis aku ni. pada tetamu yg menghadiahkan hantaran, tetamu yg dtg memeriahkan majlis, orang yg datang rewang dan semua yg hadir pada masa tu, terima kasih bnyak2.
pada ayah, ibu, adik-beradik aku, makcik-makcik aku, pakcik-pakcik aku, tok nenek sedara aku dan sepupu sepapat aku, thanks a lot coz bertungkus lumus untuk memeriahkan majlis kak yong...love u all so much
pada keluarga sebelah dia, t.kasih kerana sudi hadirkan diri dlm majlis ni. sudi bersama2 meluangkan masa menghantar rombongan meminang ini. dan terima kasih kerana sudi menerima diri ini untuk menjadi sebahagian dari keluarga.

thans semua...semoga masih ada tenaga dan masa anda untuk majlis yg seterusnya bermula 15, 16 dan 17 Julai 2011....